|
Written by Admin
|
|
Wednesday, 30 July 2008 |
|
Serunding Daging ? Tempah Sekarang !! Tempahan juga boleh dibuat secara manual, melalui telefon atau email  Kepada mereka yang belum mengetahui dan merasainya.
Serunding daging dikenali juga sebagai Sambal Daging di Kelantan. Tempat yang terkenal dengan penghasilan Serunding Daging seperti di:
Kampung Laut, Pelekbang, Tumpat Kelantan. Kampung Langgar, Kota Bharu, Kelantan. Pasir Mas, Kelantan. Ramuan asas serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu, rempah ratus, dan santan. Daging Lembu tempatan mempunyai rasa yang lebih enak dimakan. Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara tradisional, mengutamakan kebersihan. Sambal Daging tidak dibuat secara pengeluaran Pukal, kerana buat masa ini tiada mesin yang boleh memecahkan gentian daging yang kelihatan selari. Mesin yang ada hanya mampu melumatkan dan menghancurkan daging. Oleh itu serunding(sambal daging) yang asli masih kekal dibuat secara tradisional oleh mereka yang mempunyai kemahiran khusus yang tertentu. Dibuat dengan menggunakan dua kategori daging, daging segar tempatan dan daging beku import. Daging segar tempatan merupakan daging lembu yang dibekalkan oleh pembekal tempatan dalam keadaan segar dan baru, manakala daging lembu beku import diperolehi daripada pembekal yang memliki stor dingin beku yang berdaftar. Aspek suci dan bersih amat dititik beratkan. Cara menghasilkan Serunding Daging Proses penghasilannya amatlah rumit, daging yang terpilih dikukus sehingga 6 Jam, selepas disejukkan ianya diracik-racik dan disiak-siak menjadi gentian daging yang kelihatan selari. Selepas itu barulah dimasak bersama dengan santan kelapa, beberapa jenis rempah, lada dan garam mengikut sukatan tertentu sehingga kering. Proses memasak sehingga kering mengambil masa sehingga 5 jam.
Serunding daging yang dimasak sehingga kering dengan cara yang betul boleh disimpan sehingga 1 tahun lamanya selepas dibungkus, amat sesuai jika dibawa untuk merantau ke luar negara, seperti jemaah haji yang menunaikan haji, atau pelajar yang menuntut di luar negara. |
|
Last Updated ( Tuesday, 16 December 2008 )
|